Isnin, November 23, 2009

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Pertama sekali, opah nak buat kenyataan. Opah benci the Logans yang buat Forrester Creations as their own. They are so full of themselves, the Logans. Stupid bimbos. Homewreckers. Menace to the society!

Dah. Habis dah marah aku.

Okay, seperti biasa opah pergi grocery shopping. Panas gila hari ni. Semalam sejuk sampai kena pakai sweater. Haii... macam manalah tak sakit seluruh badan. Lagi satu nak tahu tak? Maghrib masuk jam 8.00 malam. Siapa yang berpuasa awal bulan Zulhijjah di Malaysia, bersyukurlah maghrib masuk seperti biasa. Bulan depan, lagilah haru. Maghrib masuk jam 8.30 malam. Menguji kesabaran sungguh. Tak kisahlah. Ini memang betul-betul ujian. Dan setiap kali opah berasa lemah sesangat, opah fikirkan tentang anak-anak yang tidak langsung mampu untuk makan. Hanya minum air sahaja. Itulah tujuan sebenar berpuasa, kan?

Moga ALLAH memberikan kesabaran kepada opah.

Orait, kat mana aku tadi? Okay, grocery shopping. Sebelum opah nak kabor, kat Channel 9 dia orang siar filem Harry Potter sejak lima minggu yang lalu. Opah dah syak dah DVD dia nak keluar. Tapi yang opah hairankan tu, lepas HP ke-5 keluar, iklan pasal DVD tu belum keluar-keluar jugak. Tapi hari ni masa opah tengah santai di ruang tamu dengan anney, ada iklan pasal DVD tu. Aku pun apa lagi, heret atuk anney mengkomer ke Video Ezy untuk membeli DVD tersebut. Opah kena beli DVD sebab opah bukan macam korang, boleh tengok wayang... sedihkan?

Anyway, opah tak boleh tengok filem tu lagi. Not now sebab opah terlalu busy sangat dengan projek terbaru opah. Busy giler. Tak pernah terasa busy macam ni. Sabar aje aku. Ini pun sebab opah happy sangat nak cerita pasal DVD Harry Potter tu. Kalau tidak, gamaknya opah tak online langsung. Filem itu akan opah tonton selepas opah habiskan kerja opah pada hujung minggu nanti. Kira macam driving force untuk menyiapkan kerjalah. A bonus that I bought for myself (opah tak suka anney belikan hadiah untuk opah. He always buys things that I don't require! Hak hak hak... tak pernah menghargai langsung, kan? In my defence, opah selalu perhatikan atuk anney dan dengar kata-kata dia. Then I'll buy what he really wants for his birthday ke, anniversary ke, apa-apa ke. Aku tak pernah hentam keromo aje macam dia tau. Huhu... birthday dia next two months, opah tahu dah apa nak beli. Blue-ray. Shh tau. Shhh!)


Max tunggu depan pintu rumah... ekekekekeke... sian dia.



Hadiah untuk diri sendiri... yeay!

Selasa, November 17, 2009

Max

Oleh kerana Deanz si Semutzapi itu mintak opah bubuh gambar Max kat sini (walaupun opah dah bubuh dah dalam entri sebelum ni), opah pun snapped gambar Max petang tadi. Memula dia duduk malas kat luar rumah dengan anneyku itu. Max duduk. Anney berdirilah. Kalau anney duduk macam kucing, saja nak kena bambu dengan aku. Oleh kerana dia orang duduk nun jauh kat jalan, opah kena keluar rumah (opah jarang keluar rumah senja-senja ni. Takut 'kengkawan' nampak, demer ajak opah terobang pulak. Tak ke naya atuk anney mengkomer). So bila opah keluar, Max tiba-tiba aje meluru ke pintu. Sebabnya... opah tengah masak kari kambing. Bau gulai tu gamaknya sampai ke hidung dia. Dia pun apa lagi, tunggu kat depan pintu.

Tengok akal Max. Dia tahu, kalau opah duduk kat dalam rumah, mesti opah tak bukak pintu punya tapi opah dah ada kat luar. Kalau opah nak masuk, opah kenalah bukak pintu tu dulu, kan... dan dia dah siap-siap tunggu kat depan pintu tu. Bila opah buka pintu, sure dia terus melompat masuk dan terus ke dapur nak mengaco gulai aku... sabar ajelah. Dek kerana cemas, opah tak ambik gambar Max kat luar. Aku ni bukan boleh panik sikit. Mula menggelabah. So opah suruh atuk anney mengkomer distract Max dan bila dia gi gesel-gesel kat kaki atuk anney, opah terus melompat masuk ke dalam rumah. Nyaris aku tergeliat (pakai kasut tinggi maa... bukan kasut glamer tapi kasut hari-hari ni. Cuma tinggi sikit tumitnya) he he he.

So, dari dalam rumah opah ambik gambor Max yang berkejor ke pintu lepas dia sedor dirinya telah diperdayakan. Sian pulak opah tengok dia terkebil-kebil tunggu kita bukakkan pintu tu untuk dia tapi nak buat macam mana? Kalau opah bagi dia masuk karang, jenuh ler aku nak ajak dia keluar. Kot ler dia ajak opah main aci nyorok pulak kat dalam rumah ni, tak ke naya aku. Masa opah kecik-kecik dulu (baca: masa badan opah kecik dulu... hik hik hik), boleh ler jugak main aci nyorok. Sekarang ni, almari boleh menyorok dalam badan aku... keh keh keh.

Well, enough membebel. Ni hah, gambor Max dengan muka kesian dia tu. Sorry ler, gelap. Nanti bila opah beli kamera baru, boleh snap gambar yang terang-benderang. 


Atuk anney tegor Max. "Jadi jaga ke?"


Max tak layan, so atuk anney tengok ke jalan.


Max tunggu opah bukak pintu. Tak ada keroje aku aih!


Max buat muka merayu dia. Kalau dia nangis sampai keluar air mata dan merayu-rayu macam manusia, baru opah bukak. (kalau betul-betul jadi, aku jual ler kucing ni. Jual juta-juta lagi. Mesti ramai orang nak beli kucing yang boleh bercakap, kan?)


Gambar sama yang diperbesarkan. 


Ni gambar semalam. Nyombong dengan aku. Padan muka tak leh masuk ke dalam rumah!!!

Spring Cleaning

Fuh! Penat sungguh. Opah baru aje habis membersihkan rumah. Atuk anney mengkomer, macam biasa jadi mandur. You know, berdiri kat pintu sambil tangannya diletakkan ke belakang dan perhatikan opah membersihkan dari satu bilik ke satu bilik. Mata dia, macam mata mandurlah, dok perhati kot kot ler dia boleh kata, "You missed a spot!"

Nak kena dengan aku, cubalah cakap macam tu.

Since atuk anney ni suka merokok, tiap-tiap minggu opah kena lap dinding yang dah kuning kena tar rokok tu. Bayangkanlah kalau dinding jadi kuning, paru-paru atuk anney mengkomer entah kaler apa ler gamaknya. Paru-paru opah pun gamaknya dah kalerful sebab opah ni kira secondhand smoker kan? Malang sungguh nasib paru-paruku.

Back to the lap dinding thingy, masa opah tengah bersihkan skirting, atuk anney pun tanyalah kat opah:
Atuk anney: Do you need any help?

Opah: (Pandang atuk anney dengan rasa tak percaya) You can clean the walls, if you don't mind.

Sekarang, giliran atuk anney pulak pandang aku. Terkebil-kebil bijik matanya yang besor macam mata owl tu. Opah dah nak tergelak dah.

Opah: You regret asking?

Atuk anney bagi guilty sengih sambil mengangguk. Padan muka dia. Siapa suruh tanya?!

Macam kelmarin, opah cakap kat atuk anney opah dapat unofficial job offer. Tapi in Malaysia. Atuk anney tanya opah:

Atuk: If the money is good, will you take it?

Opah: Of course. Will you give up your life here in Oz? Will you be willing to go to Malaysia and live in the heat (atuk anney tak tahan panas. Putera lilin dia tu. Kalau panas sangat, dia cayo!)

Atuk anney tak jawab. Dia tengok TV dan hoping opah akan blah dari situ. Tapi opah berdiri kat situ dan tunggu dia bagi jawapan. Mata atuk anney masa tu, kejap-kejap kerling kat aku. Nak pastikan yang bini dia dah blah. Tapi opah terus berdiri kat situ. Pastu atuk anney mengkomer sengih.

Atuk anney: I regret asking you the question.

Opah: Well! I'm still waiting for the answer.

Dan opah kept standing there... ha ha ha. Padan muka. Tanya lagi aku soalan. Bila aku tanya dia balik, dah tak reti nak jawab.

Anyway, opah tetiba aje nak spring cleaning hari ni sebab opah nak start projek baru minggu depan. Opah memang macam tu. Bila nak start sesuatu kerja, mulalah aku bersihkan rumah. Macam menurun ler jugak tapi in a good way. Bagi some people, mesti heran dan tanya pasal apalah meletihkan diri sebelum nak start projek baru. Bagi opah, this is a way to say goodbye to the old project yang dah tattoed dalam kepala ni and welcome the new one with a clear mind. It's relaxing, cleaning. Cuma kalau atuk anney kaco aku, mahu aku cakor muka dia. Ngeh ngeh ngeh. Esok lusa opah tak akan sentuh the new project but I will take a break untuk install energy. Lepas tu, lepas body dah betul-betul relaxed, baru opah mulakan kerja tu. Harap-harap project ni akan berjalan without a glitch.

All the best to cucu cicit opah in everything you do. And all the best to me too. Mwah. Assalamualaikum.

Isnin, November 16, 2009

Aku Tak Suka Politik

Opah ambik keputusan untuk bercuti.

Dari Facebook, that is!

Dah penat dah aku berladang. Hasilnya... habuk pun tarak. Kerja aku tak siap. Kalau betul dapat duit, tak mengapalah jugak. Ni... dua tiga jam mengadap ladang virtual sampai otak jadi penat. Satu apa pun opah tak boleh buat. Hari-hari darah naik sebab kerja tak siap-siap. Lebih baik opah tulis kat blog. Habis tulis, habis cerita. Tak payah nak mengadap PC lama-lama.

Atuk anney mengkomer pulak makin mengada-ngada nak bermanja-manja dengan aku sejak akhir-akhir ni. Entah apa jadahnya entah. Makin tua makin mengelenyor! Aku lepuk-lepuk karang baru tahu. Hai... sabar ajelah. Nak jadi macam Max gamaknya. Kucing sebelah rumah opah ni, kalau opah panggil dia, dia buat nahin aje. Tapi kalau opah tengah masak, cepat aje dia terpacak kat depan rumah mengintai ke dalam. Kesian kadang tu tengok dia buat muka terharap-harap gitu. Tapi nak buat macam mana. Opah sengaja tak nak bagi dia masuk. Kotor pulak rumah opah nanti.


Max buat muka kat opah

Max terkezut opah ambik gambar dia masa dia tengah santai kat atas Incik Black. Ha ha ha... padan muka kau!

Max tak sihat sebenornya. Aterr... siapa suruh dia makan segala jenis cicak dan lipas yang ditangkapnya! Anak ular pun dia makan. Elok tuan dia bagi makan sedap-sedap, mahal-mahal, makanan dalam tin yang diimport gitu, dia gatal makan cicak dan ular. Padan ler dengan muka.

Okey, opah nak cerita benda lain sebenarnya. Ingat tak jiran no. 6 dan no. 7 yang berkelei hari tu? Alkisahnya, dia orang dah pergi court dan court tangguh sampai Januari untuk selesaikan masalah tu. Lepas kejadian tu, isteri si no. 7 tu selalulah datang menegur-negur kami. Selalunya dia menyombong. Senyum pun tidak. Bila dah jadi macam ni, uiii... bukan main lagi dia tunjuk baik.

Opah cakap kat atuk anney mengkomer, perempuan tu main politik. Beberapa minggu sudah, dia ajak kami lunch kat rumah dia. Atuk anney tolak dengan baik. Tuan si Max pun menolak. Tak tahu ler apa alasan dia bagi. Jadi, minah ni pun bengang ler jugak kat kami sebab tak nak terima jemputan dia.

Kami tak nak terima sebab:

1. Kami Islam. Mana boleh makan sesuka hati aje kat rumah orang kafir. Bantainya dia masak guna lard aka minyak babi, tak ke naya. Tuih tuih! Na'uzubillah.

2. Sebab masa dia ajak tu, dia dah cakap siap-siap tujuan dia ajak kami makan. Dia nak ajak kami bincang pasal cara hidup yang sepatutnya kat kompleks ni.  Maksud dia, cara hidup ikut style orang-orang barat kot. Kononnya kita orang Islam ni tak reti nak hidup secara civilized. (FYI, jiran no. 6 muslim. Jiran no. 7 tak tahu kot kami ni pun muslim). So, orang-orang yang tak boleh hidup aman damai dengan orang lain patut dihalau aje dari sini. Lepas tu dia kata, kami tak payah cakap apa-apa. Dengar aje dia cakap.

Banyak cantik muka dia! Ingat kita nak ikut aje telunjuk dia tu sedangkan sebelum dia pindah ke kompleks ni dulu, kami semua hidup aman damai. Tak pernah pun ada yang bergaduh. Sejak dia pindah ke sini, macam-macam jadi. Kalau ikutkan opah ni, orang yang patut dihalau dari sini bukannya jiran no. 6 tapi dia oranglah!

Anyway, since tak ada orang yang pergi ke lunch dia tu (even Phil yang selalu busy body pun tak pergi) dia dah tak friendly lagi dah dengan kami. Bila dia balik kerja dan nampak anney sembang dengan jiran-jiran lain, dia hello hi bye aje. Kalau tidak, masa dia nak melobi kami ambik side dia, mesti dia datang bersembang sebelum mencucuk. Aku cucuk bijik mata tu karang, baru tahu.

Opah tak suka orang menghasut ni. Orang jenis busuk hati. Jahat!

Lepas tu, kami ingat dia akan diam dan cuba hidup rukun damai dengan kami tapi rupa-rupanya dia cari alternatif lain. Dia beli anjing. Alaa... anjing snoopy tu. Sebijik. Kalau kartun, memanglah comel tapi in real life, anjing tu ler anjing yang paling hodoh aku tengok. Kepala dia lebih besar daripada badan. Kalau berjalan tu, memang boleh tersungkor!

Dia tahu jiran no. 6 tu Islam dan petang-petang dia orang selalu bawak anak-anak dia orang main kat padang depan rumah kami ni. Sejak beli anjing ni kan, jiran no. 7 ni selalulah bawak anjing hodoh dia tu ke padang, pada masa yang sama anak-anak jiran no. 6 ni bermain kat situ. Busuk hati ke tidak? Opah kata, dia buat macam nak annoy jiran no. 6 tapi jiran-jiran lain yang can see through her (isteri jiran no. 7 ni yang jadi mastermind. Laki dia nampak macam jenis bodoh je) yang annoyed dengan dia. Opah harap, dia orang akan berpindah dari kompleks ni.

Well, panjang pulak aku menulis hari ni. FYI cucu cicitku sekalian, sejak opah ber-FB, memang semangat nak menulis tu hilang. Macam hilang kata-kata, gitu. Yalah, sebab selalunya opah menulis kat blog. Kira asah dirilah, kan. Tapi kat FB tu, opah hanya berladang. Demi masa depan, opah terpaksa berhenti ber-FB dan tumpukan perhatian kat kerja dan juga blog opah ni. Sian kat dia... huhu.

Orait, opah nak mintak diri. Nak gi grocery shopping. Karang atuk anney mengkomer bengkek aje dengan opah sebab opah tak dapat nak siapkan lunch dia sebab tak ada barang makanan kat dalam rumah ni. Jangan marah kat biwi. Karang biwi mogok masak, baru tahu...

Sabtu, November 14, 2009

Baca Petikan Berita Ni...

Lelaki mengamuk mati ditembak
(Dipetik dari Berita Harian Online 14/11/09)


KANGAR: Seorang lelaki bersenjata pisau yang mengamuk berhampiran pusat khidmat wakil rakyat Guar Sanji, dekat sini, hari ini mati ditembak selepas dikatakan menyerang seorang anggota polis yang cuba mententeramkannya.

Pemangku Ketua Polis Perlis, Datuk Jamshah Mustapa, berkata dalam kejadian pada jam 8 pagi itu, Mohamad Taufik Noorzan, 21, mengamuk dan mengancam untuk membunuh rakannya yang tinggal berhampiran pusat khidmat wakil rakyat itu.

Polis melepaskan satu das tembakan amaran ke udara namun lelaki itu yang dalam keadaan tidak terkawal emosinya terus menyerang anggota polis menyebabkan satu lagi tembakan dilepaskan dari jarak dekat dan terkena badan lelaki itu, katanya.

Jamshah, bagaimanapun, enggan menyatakan bahagian badan lelaki itu yang terkena tembakan.


Mohamad Taufik yang juga peniaga makanan di Arau disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Beliau berkata, kejadian itu bermula kira-kira jam 5.30 pagi apabila lelaki terbabit dikatakan menyerang rakannya, seorang kontraktor berusia 23 tahun dengan sebatang besi dan kayu hingga cedera.

Dia yang masih tidak puas hati dengan tindakan itu pulang ke rumahnya pada jam 6 pagi dan mengambil sebilah pisau, dan ketika dalam perjalanan ke rumah kontraktor itu, dia singgah di balai polis Arau untuk memaklumkan niatnya, katanya.

Jamshah berkata, dua anggota polis yang bimbang dengan ancaman lelaki itu mengekorinya dan cuba memujuk lelaki itu, tetapi keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan enam lagi anggota polis turut membantu mententeramkan keadaan.

Sementara itu, ibu Mohamad Taufik, Salmiah Ismail, 45, berkata, beliau dimaklumkan anaknya sedang mengamuk oleh anggota polis yang datang ke rumahnya dan ketika beliau dan suaminya, Norizan Abdul Rahim tiba di lokasi kejadian, anaknya telah terbaring berlumuran darah.

Salmiah turut mempertikaikan tindakan polis menembak anaknya sehingga mati.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Seri Azmi Khalid, turut mempertikaikan kewajaran polis menembak Mohamad Taufik pada anggota badan yang tidak sepatutnya.

"Saya tidak pertikai tugas polis tapi mengapa tidak ditembak bahagian kaki atau lepaskan sahaja tembakan amaran ke udara," katanya. - Bernama

Bebel Opah: Kesiannya kat arwah. Yang opah kesiankan tu, dia singgah kat balai polis dulu untuk maklumkan tentang niatnya. Ni pendapat opah ajelah. Kalau orang benar-benar jahat, dia tak singgah ke balai polis dah dan beritahu kat polis tu yang dia nak mengamuk. Dia terus mengamuk aje. Jelas di mata opah, it was a cry for help. Dia mahu pihak polis yang dirasakannya boleh membantu mententeramkannya do just that. Mententeramkannya dan larang dia melakukan jenayah tu. Bukan tembak dia. Betul jugak kata Ahli Parlimen Padang Besar tu, kenapa tak tembak kat kaki? I mean, kalau arwah benar-benar bahaya, memang dia dah bunuh dah kontraktor tu.

Opah masih ingat filem-filem lama, kalau ada orang mengamuk, mesti pak imam ke, pak aji ke, ketua kampung ke kata, "Sabar... sabar... ingat kat Allah. Mengucap dan ingat kat Allah." Dan selalu kita tengok, si pengamuk akan tenang. Mungkin dalam filem aje kita boleh buat gitu tapi opah yakin, bila kita ingat kat TUHAN Yang Maha Esa, sudah tentu kita akan berasa tenang dan aman. Mungkin di masa depan, kita boleh praktikkan cara tu. Lengkapkan anggota-anggota polis kita dengan pengetahuan agama agar mereka dapat menggunakan pengetahuan itu untuk mengawal suasana agar tidak ada kejadian buruk berlaku. Insya-ALLAH, orang-orang yang terdesak dan memerlukan bantuan seperti arwah dapat dibantu. Insya-ALLAH.

Sekali lagi, ini pendapat opah saja, ya. Opah sarankan pihak polis menyiasat kontraktor yang kena belasah tu. Siasat mengapa arwah bertindak memukulnya. Opah rasa, tak ada orang yang nak pukul saja-saja. Mesti ada sebabnya. Yang mencuri, pukul sebab mencuri. Yang meragut, pukul sebab nak meragut. Yang nak rogol dan bunuh, pukul sebab nak rogol dan bunuh. Tak ada orang yang jalan-jalan kat tengah jalan dan PANG!!! pukul orang, kecuali orang gila. Opah betul-betul minta pihak polis siasat kontraktor tu. Bukan nak salahkan mangsa tapi tindakan arwah tidak langsung masuk akal.

Anyway, opah doakan semoga roh arwah dicucuri rahmat. Penderitaannya di dunia ni dah berakhir. Moga Allah ampunkan segala dosa-dosanya dan meletakkan rohnya bersama roh orang-orang mukmin. Bagi keluarga arwah, redhalah dan berdoalah semoga kebenaran akan terserlah.

Dua Tiga Kucing Berlari...

Lamanya opah tak update blog ni. Kesian kat dia. Tak apalah. Lepas ni opah cuba rajin-rajinkan diri menulis kat sini. Kat mana lagi nak belajar menulis, kan?

Hari tu, entah hari apa entah, opah bersembang dengan orang yang opah percayai. Kami bersembang pasal agama ni. Yalah, kat sini walaupun ada material agama tapi tak sama. Mazhab tak sama kot sebab mostly, material tu disediakan oleh orang-orang dari Asia Barat. Anyway, bila opah sembang dengan orang yang opah percayai ni, dia tanya pasal solat subuh. Oleh sebab waktu subuh sekarang masuk jam 4.27 pagi dan habis jam 6.10 gitu, opah cakaplah kadang tu terlewat bangun dan terlepas subuh. Jadi sekarang tak boleh bangun jam 5.40 am dah. Memang tak sempat punya. Tapi orang yang opah percayai tu kata, walaupun kita bangun tidur jam 9.00 pagi, kita boleh tunaikan solat subuh dan tak payah qador, asalkan kita belum bangun sebelum tu. Yalah, sesetengah orang bila dah penat sangat, bangun jam 5.30 am contohnya. Lepas tu dia rasa penat bebenor dan tidor balik. Kononnya sekejap tapi terlepas waktu subuh. Hah, yang tu tak boleh.

Soalan opah: Boleh ke begitu? Opah musykil jugak sebab apa gunanya ditetapkan habis waktu solat dan wujudnya waktu syuruk kalau kita boleh solat bila-bila masa, kan?

Well, dua minggu ni hectic sangat buat opah. Penat seluruh badan. Minggu lepas bawak anney pergi jumpa Dr. SS dia. Minggu depan pulak ada appointment lain. Hari ni opah benar-benar berkebun kat depan rumah tu. Dah penuh dengan weeds dah lawn opah. Penatnya badan tua aku ni... adeh... . Otak pun tak jalan. Kerja yang opah buat tak gerak-gerak langsung. Statik gitu.

So (tolong jangan gelak, ya) opah pun ambik keputusan untuk ambik cuti selama dua minggu. Biar selesai semua urusan anney, baru opah buat kerja opah. Tengok, pengorbanan seorang isteri. Kalau tak hargai jugak, aku ketuk dengan kuali! Ekekekekeeke...

Okeylah, opah nak masuk tidor. Dah jam 10.00 malam. Esok nak bangkit awal. Nasiblah, siapa suruh pilih duduk kat Oz, kan? Padan muka aku. Assalamualaikum dan ceria-ceria selalu. Mwah mwah mwah.

Isnin, Oktober 26, 2009

Practising Abstinence...

Opah sekarang sedang practise pengekangan. Ada sorang kawan FB opah, a doctor, gelak kat aku bila opah tulis ayat kat atas kat dalam box FB opah. Kurang asam betul. Sama je perangai dia dengan perangai atuk anney mengkomer. A dream crusher... ekekekekeke... kan dah kena dah dengan aku! Anyway, this pengekangan bukanlah menjauhkan diri dari atuk anney tapi menjauhkan diri opah dari minuman koko, kek coklat, coklat, maggi mee assam laksa dan apa saja makanan yang opah suka mentekadarah atas sebab-sebab tertentu dan sebab-sebab itu adalah terlalu peribadi untuk diceritakan di sini. Ahakz... moga-moga usaha opah kali ini akan berbaloi. Seksa oooiii... minum air masak aje sehari semalam. Jenuh.

Anyway, hari ni jam 11:15 pagi kami berdua bertolak ke Vic Park. Atuk anney ada appointment dengan Dr. Aru pada jam 12 tengahari. Kami tiba 15 mins before tapi dipanggil masuk an hour later. Atuk anney konon-kononnya nak komplen ler kat Dr. Aru sebab lambat sangat panggil dia masuk tapi bila dipanggil, dia terus mellow gitu. Macam kucing miang aje... . Takut kat Dr. Aru rupanya laki aku tu. Dia cek blood pressure. Tinggi ya amat. Lepas tu timbang berat badan dia, hah... naik balik. Tak payah timbang pun opah dah tahu. Tengok aje kat perut boroi dia tu hah. Macam nak prepare diri jadi Santa Claus Myer aje atuk anney mengkomer tu.

So, lepas Dr. Aru ketuk-ketuk dia, tampor tampor dia dan luku-luku dia (acah aje... huhu), Dr. Aru kata he's not fit yet. Itu lah, orang suruh exercise tak nak. Yang exercise, orang yang tak sakit! Sabar ajelah... . So Dr. Aru suruh kami datang balik dalam masa 1 bulan. Alah, dalam masa satu bulan pun atuk anney mengkomer macam tu jugak. Buat susah aku aje temankan dia ke klinik. Degil atuk mengkomer tu. Dah berbuih dah mulut aku pok pek pok pek tapi satu haram pun dia tak nak dengar. Last last, malas dah aku nak bising. Baik aku baca novel.

Sebelum kami keluar, Dr. Aru tanya nak suntik Swine Flu Vaccine tak? Kami terus kata nak. Kata doktor tu, ramai yang tak nak ambik suntikan tu sebab dia orang baca pelbagai cerita melalui internet. Opah dan atuk anney percaya kat Dr. Aru. Kalau dia kata bagus, kami ambik. Yalah, kalau kita tengok semua ubat ada side effect dia, kan? Mana ada yang tak ada. So, kami dua laki bini diinject swine flu vaccine. Atuk anney kena cucuk dulu. Pastu giliran opah. Yang tak best tu, masa opah tengah sembang-sembang tu terus doktor tu cucuk lengan aku. Sabar ajelah. Bagilah warning. Ini tidak... nasib baik aku tak bersilat. He he he...

Lepas tu kami ke Hill View Terrace. Beli stock tom yam yang opah nak bubuh kat dalam spaghetti sauce. Hah, jangan tak tahu, instead of stock ayam biasa, opah guna stock tom yam. Sebab pedas sikit spaghetti tu. Atuk anney ler prefer pedas. Aku sebenarnya tak sengaja bubuh stock tom yam tu sebab stock ayam Knorr biasa tu dah habis. Takut gak dia bising tetapi dia kata lebih sedap. Aku pun apalagi. Sejak hari tu opah tak pandang ke belakang lagi dah.

Lepas tu kami ke Baines di Park Centre. Cari bathroom mat. Kat dalam bilik air tu dah koyak rabak dah so kena tukar. Since dah ada kat situ, opah pujuk ler atuk anney beli barang-barang dapur kat situ. Dia ni payah sikit. Ke Cannington tak boleh. Bekas bini dia selalu pergi ke sana. So macam no entry gitu. Takut apa dengan bekas isteri? Macamlah isteri yang sekarang ni tak garang. Pandai voodoo lagi. Hai... masalah betul sebab opah suka ke Cannington tu. Entah kenapa entah. Mungkin sebab bekas bini atuk anney selalu ke sana... hik hik hik... sabor aje aku.

Lepas shopping, kami balik ke rumah. Opah angkut barang-barang masuk ke dalam rumah dan simpan kat tempat-tempatnya. Atuk anney pulak gi cari Max, kucing jantan orang sebelah yang mengada-ngada tu. Atuk anney terintai-intai si Max kat pagar orang sebelah. Macam pencuri aje gayanya. Rupa-rupanya kucing sewel tu intai atuk anney dari bawah pokok berus botol kat tepi jalan. He he he... sabor ajelah. Last-last atuk anney panggil dia, dia meow mengada-ngada gitu. Manja terlebih. Hah, lepas tu dua-dua ekor tu dok cegat berdiri sambil pandang ke jalan. Entah apa yang dia orang tengok, opah pun tak tahu tapi peaceful betul opah tengok dia orang berdua masa tu.

Opah pulak masuk ke dalam dan terus bukak buku Dan Brown Angels and Demons yang opah baru beli minggu sudah. Sebenornya opah beli lepas tengok movie The Da Vinci Code minggu sebelumnya. Opah pernah tengok movie tu dulu tapi biasalah, sekejap-sekejap bangun nak siapkan dinner. Sekejap-sekejap bangun sebab atuk anney nak snack. Orang perempuanlah katakan. Macam tulah. Sampai satu habuk pun aku tak tahu ceritanya. So, bila dia orang tayangkan movie tu sekali lagi kat TV, opah rakam. Dan pagi-pagi buta masa orang aka atuk anney mengkomer tak kacau, opah pun melekatkan bontot kat bangku dan tonton movie tu. Fuh! Powerful betul. Mindblowing. Some people mungkin tak dapat terima Sophie tu sebagai waris Nabi Isa. Tapi itu cerita aje. Tapi the rest, memang fakta, kan? Macam The Rose Line = the blood line. Rose kan merah. So, kita tahu apa maksud sebenar The Rose Line tu. Sekarang kita juga tahu kenapa dia orang bina piramid kaca kat depan Musee Louvre tu dan sebuah lagi jadi macam bentuk chalice. Piramid terbalik. It is very interesting and intellectually stimulating. I want to go there now. To Paris. To stand under the starry sky. Jom, siapa nak ikut!

So sekarang, opah baca Angels and Demons. But not just baca aje. Aku baca macam nak buat tesis. Sabar aje aku. Macam anti-matter yang disebut-sebut tu. And all the scientific facts, semuanya opah cek. And Illuminati. That group really exist! Sign Illuminati pada matawang US dan sebagainya. Wow... betul-betullah... I don't really know how to express it. Rasa nak menangis pun ada. Dan Brown now is officially my favourite writer. I've learned a lot from his novel. A lot. Opah syor cucu cicit yang belum pernah baca, baca dan baca dengan fikiran yang terbuka. And opah, opah rasa lepas ni kalau opah ambik kuiz kat Harvard, mahu aku lulus dengan cemerlang... hik hik hik. Sabor ajelah.

Got to go. Dinner time. Opah nak masak. Assalamualaikum wbh. Mwah.

Ahad, Oktober 18, 2009

Awas! Emel Palsu

Opah memang suka bukak emel yang opah terima daripada Window Live Messenger. Kadang-kadang ada info yang menarik seperti BILA DVD HARRY POTTER AND THE HALF-BLOOD PRINCE nak keluar?! (ni sebenarnya soalan opah ler. Dah lama dah filem tu ditayangkan tapi opah belum tengok-tengok lagi sebab atuk anney fobia masuk panggung wayang. Naya sungguh aku!). Anyway, tadi opah bukaklah emel yang opah terima konon-kononnya daripada Window Live Messenger dan aku rasa nak sepak-sepak aje orang yang hantar emel ni kat aku. Do you think I'm stupid? Sayangnya, ada juga orang yang akan menjawab emel ni dan memberikan data-data penting kepada penjenayah siber ni. Baca isi emel yang opah terima di bawah. Sesiapa yang ada terima emel seumpama, eloklah delete atau label it as Phishing Spam atau block terus alamat emel tersebut daripada masuk ke dalam kotak inbox kita.

Hotmail Alert !!!‏


From: Window Live Team (evafaiga123@hotmail.com) {selalulah check address emel penghantar. Kalau macam ni nama penghantarnya, memang sah bukan daripada Window Live Team}

You may not know this sender.Mark as safe
Mark as junk

Sent: Saturday, 17 October 2009 10:29:53 AM

To: surapanen@hotmail.com (nama aku surapanen ka? Budus!)

Dear Account User


This Email is from Hotmail Customer Care and we are sending it to every Hotmail Email User Accounts Owner for safety. we are having congestions due to the anonymous registration of Hotmail accounts so we are shutting down some Hotmail accounts and your account was among those to be deleted. We are sending this email to you so that you can verify and let us know if you still want to use this account. If you are still interested please confirm your account by filling the space below.Your User name, password, date of birth and your country information would be needed to verify your account. 

Due to the congestion in all Hotmail users and removal of all unused Hotmail Accounts, Hotmail would be shutting down all unused Accounts, You will have to confirm your E-mail by filling out your Login Information below after clicking the reply button, or your account will be suspended within 24 hours for security reasons.

* Username: .............................

* Password: ................................

* Date of Birth: ............................

* Country Or Territory: ................

After following the instructions in the sheet, your account will not be interrupted and will continue as normal. Thanks for your attention to this request. We apologize for any inconveniences.

Warning!!! Account owner that refuses to update his/her account after two weeks of receiving this warning will lose his or her account permanently.

Sincerely,

The Windows Live Hotmail Team

Bebel Opah: Bila terima emel macam ni, janganlah takut akaun hotmail kita akan didelete oleh malaun tu. Lainlah kalau kita bagi password kita, memang dia boleh delete. Opah baru terfikir, agaknya dia orang ni dapat alamat emel opah daripada "Peraduan Menang Laptop dan iPod" yang beberapa orang rakan termasuklah opah sendiri sertai baru-baru ni. Syarat penyertaannya mudah aje, kita kena hantar sebanyak mungkin emel kepada rakan-rakan kita dan kita akan menang laptop atau iPod itu. Tapi sampai sekarang, habuk pun tarak tapi opah terima emel mangkuk ayun ni. Hmm... opah yakin, itulah culpritnya. Next time cucu cicitku, kalau ada emel yang kata Microsoft nak bagi duit, atau Haier nak bagi laptop/iPod atau apa-apa aje, buat dunno ajelah. Jangan pass kat kengkawan. Peringatan ni opah bagi terutamanya buat diri opah sendiri. Yang datang masalah. Bukannya hadiah. Sabar aje aku.

So, cucu cicitku, sesiapa yang terima emel ni, berhati-hatilah. Jangan balas dan jangan bagi password atau apa-apa detail yang dia mahukan.

Berita lain pulak. Dah lama opah tak dengar pemandu kereta bodoh melanggar sampai mati penunggang/pembonceng motosikal yang berhenti berteduh di bawah jambatan. Bukanlah opah nak dengar ada orang kena langgar tapi opah bersyukur, kemalangan seperti ini tidak berlaku lagi terhadap penunggang-penunggang motosikal di Malaysia. Tup tup hari ni, keluar pulak berita ni. Sakit betul hati aku. Yang opah tak faham tu, umur 18 tahun dah boleh bawak kereta ke kat Malaysia? Bukan ke 21? Baca berita yang opah ambik dari Berita Harian Online, Ahad 18/10/2009 di bawah.

Dua maut, 8 cedera

Oleh Azrina Ahzan dan Mohd Hamizar Hamid

Kereta dipandu laju rempuh enam motosikal berteduh hujan

PUTRAJAYA: Seorang wanita sarat mengandung dan anak perempuannya berusia lima tahun maut, manakala lapan yang lain cedera, termasuk dua parah selepas sebuah kereta yang dipercayai dipandu laju, merempuh enam motosikal yang berteduh daripada hujan lebat di Pesiaran Utara berhampiran Seri Perdana, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, Sarisah Marwin, 33, yang juga warga Indonesia, sedang memangku anaknya, Chandrawati Misan, terbunuh di tempat kejadian, manakala anaknya meninggal dunia di Hospital Putrajaya.

Ketika kejadian, mangsa yang

Ketika kejadian, mangsa yang membonceng motosikal suaminya dipercayai berada pada kedudukan paling akhir di antara enam motosikal lain yang berhenti di bawah jejambat itu, yang turut dirempuh kereta berkenaan.

Akibat rempuhan kuat, anak mangsa tercampak sejauh kira-kira 15 meter, manakala suaminya yang turut cedera dirawat di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata pemandu Proton Wira terbabit dipercayai memandu laju sebelum terbabas dan merempuh keenam-enam motosikal berkenaan.

"Pemandunya seorang pelajar institut pengajian tinggi awam berusia 18 tahun sudah ditahan bagi siasatan lanjut.

"Ketika kejadian, ada 10 penunggang dan pembonceng motosikal di tempat kejadian. Dua daripada mereka, termasuk seorang anggota polis daripada Cawangan Persenjataan Balai Polis Daerah Putrajaya parah, manakala enam yang lain cedera ringan.

"Semua dirawat di Hospital Putrajaya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Saksi yang juga seorang pemilik motosikal yang dirempuh, Syazwan Hanafi, 19, berkata kejadian berlaku sangat pantas.

"Ketika saya sedang berhubung dengan rakan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat kerana kereta itu terlanggar pembahagi jalan di laluan paling laju.

"Tiba-tiba kereta itu bertukar arah dan terus menuju ke arah kami sebelum merempuh mangsa dan keenam-enam motosikal di sini. Saya nampak budak perempuan itu tercampak selepas dirempuh," katanya yang turut mengalami kecederaan di kaki akibat dihempap motosikalnya.

Syazwan yang sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Presint 9 dekat sini, berkata seorang tetamu yang sedang dalam perjalanan ke rumah terbuka Aidilfitri anjuran Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Presint 10 turut berhenti membantu mangsa.

Bebel opah lagi: Kalau beginilah sikap pelajar-pelajar IPT kita dan ibu bapa mereka yang terlalu memanjakan mereka, memang rosaklah masa depan kita semua. Bila nak hukum anak tu, hukum mak bapaknya sekali kerana gagal membesarkan anak menjadi manusia!

Khamis, Oktober 15, 2009

Jangan Jolok Sarang Tebuan!

Lihatlah gambar yang tertera dalam artikel segmen Dunia Berita Harian Online ini. Inilah gambar manusia keparat yang telah membunuh ramai orang-orang kita. Inilah manusia keparat yang telah memerintahkan agar datuk aku dibunuh. Inilah dia manusia keparat yang telah merosakkan hidup banyak manusia. Sekarang manusia keparat ini ingin kembali ke Malaysia dan dia berani berkata, tiada gunanya mengingati masa lalu? Kurang ajar! Bangsat!

Awal tahun dulu dia sudah menyatakan hajat yang sama tapi telah ditentang berhabis-habisan (dengan kata-kata) oleh majoriti rakyat Malaysia, terutamanya kami, kaum keluarga mangsa keganasannya. Kemudian dia diam buat seketika tetapi sekarang, dia nyatakan hasratnya itu sekali lagi. Kalau kau teruskan juga niat kau, Chin Peng, kami akan terus menentang. Jangan dijolok sarang tebuan, Chin Peng. Jangan fikir kau boleh berbuat sesuka hati selepas membunuh kaum keluarga kami.

Jangan benarkan Chin Peng pulang. JANGAN!

Baca artikel yang dicedok dari Berita Harian Online 15/10/2009

SINGAPURA: Chin Peng, pemimpin pemberontakan komunis dalam buangan meminta Kuala Lumpur tidak menyekat kepulangan beliau walaupun ada amaran ia boleh mencetuskan kekacauan.


Komander gerila dan antipenjajahan yang mengetuai Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1940-an dan 1950-an itu menyatakan demikian dalam satu temu bual bersama akhbar Straits Times Singapura yang disiarkan semalam.

"Tiada gunanya mengingati masa lalu. Apa yang saya mahu ialah kerajaan Malaysia jujur dengan perjanjian kita tandatangani," kata Chin Peng yang kini berusia 85 tahun kepada akhbar itu di Bangkok di mana dia kini tinggal sambil cuba untuk mendapatkan hak kembali ke tanah air.
 
"Saya rasa jika saya mempunyai peluang bercakap kepada rakyat Malaysia secara langsung, saya boleh yakinkan mereka bahawa kepulangan saya tidak akan mencetuskan masalah tetapi dapat membantu keadaan," katanya yang dipetik akhbar itu.


Bagaimanapun dia mengakui adalah sukar untuk meyakinkan rakyat terutama penduduk Melayu.

Penganalisis berkata, kerajaan bimbang kepulangan Chin Peng akan mengecewakan penduduk Melayu negara itu dan menimbulkan ketegangan sosial.

Beberapa anggota parti memerintah sebelum ini menggesa agar kerajaan mengambil pendirian lembut terhadap bekas pemimpin parti komunis itu. Namun keluarga mangsa kekejaman komunis dan veteran ketika zaman darurat menentang kepulangannya. – AFP

Sangat kurang ajar.